Thursday, 10 December 2015

Cara Yang Betul Bancuh Susu Bayi


Para ibu memang disaran memberi susu ibu kepada bayi. Susu ibu merupakan susu terbaik. Namun, tidak semua yang bergelar ibu dapat melakukannya.

Atas faktor faktor tertentu susu formula terpaksa jadi pengganti walaupun khasiatnya tidak setanding susu ibu. Lebih malang ramai ibu bapa yang salah membancuh susu formula menyebabkan zat atau nutrisi dalam susu formula itu hilang.



Bagaimana anda membancuh susu formula? Biasanya dengan cara dibawah ini,

1. Masukkan susu formula yang disukat ke dalam botol.
2. Tuang air panas.
3. Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4. Gongcang hingga sebati.
5. Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah langkah diatas adalah salah!

Ini kerana, air panas dengan suhu lebih 70° Celcius jika dicampur dengan susu formula akan 'mematikan' nutrisi dan zat yang ada didalam susu tersebut. Malah, air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan jenis bebas BPA. Ini kerana pengewapan akan berlaku dan membebaskan bahan kimia (material botol susu).

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tetapi tidak mendapat apa apa khasiat.

Oleh itu adalah baik jika kita membaca dahulu langkah langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label agar nutrisi dapat diserap dengan baik.

Langkah langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja:

1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan kedalam botol susu anak.

2.Kemudian, tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam.
Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.

3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada label dengan menggunakan sudu yang disediakan.

4. Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh diatas pergelangan tangan anda disebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.



Disini, disertakan juga langkah penyediaan susu dari laman web kementerian yang berkenaan.




INFO:

- Mungkin ada lagi cara cara lain untuk membancuh susu dengan betul, tetapi tujuannya adalah sama, untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

- Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (mikrowave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. 

- Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata akan menyebabkan 'titik panas' (hot spot) didalam susu. Keadaan ini boleh menyebabkan mulut bayi melecur. 

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook

Sumber: butiksihatcomel.blogspot.com