Isterinya telah melarikan diri bersama anak mereka yang berusia 3 tahun kerana tidak sanggup menjaga Ou Tong Ming yang lumpuh ini.
Yang Lin, merupakan anak sulung mereka yang baru berusia 7 tahun. Oleh kerana tidak mahu berpisah dengan ayahnya, dia sanggup menjaga ayahnya yang lumpuh.
Rutin harian Yang Ling bermula dengan bangun seawal pagi bagi menyiapkan makanan dan mandikan bapanya yang lumpuh sebelum ke sekolah.
Apabila tiba waktu rehat persekolahan, Yang Ling akan pulang ke rumah seketika untuk memberi bapanya ini makan tengahari.
Tamat waktu persekolahan, Yang Ling akan mencari barang barang terbuang untuk dijual. Inilah sahaja sumber kewangan untuk mereka berdua menyara kehidupan.
Bapanya pernah cuba untuk membunuh diri, tetapi kerana kasihkan Yang Ling yang sanggup menjaganya, niat tersebut dibatalkan.
LIKE & FOLLOW Soscili di FACEBOOK