Monday, 30 November 2015

10 Restoran Ketam & Udang Galah Yang Mesti Anda Cuba!

Untuk yang gemar dengan hidangan berasaskan ketam dan udang. Boleh cuba disini!

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook


1. Mee Ketam KL
- Untuk penggemar hidangan berasaskan ketam dan udang galah.
- Beroperasi sejak 2010 di Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Unisel).
-Status Halal.
-Kompleks Anjung 7, Jalan Zikron B, 7/B Seksyen 7, Shah Alam Selangor.


2. Mee Kari Udang Galah.
- Hidangan Mi Kari bersama udang yang bersaiz sederhana hingga saiz XL.
- Status Halal.
- No 18, Jalan Dwitasek (Dataran Dwitasek), Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.


3. Bangi Station.
- Lokasi restoran ini bukan di Bangi tetapi berada dikawasan Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
- Selain menu istimewa udang galah, ketam dan belut, juga disediakan menu masakan Thai.
- Status, Halal.
- Jalan Gurney Kiri, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.


4. Chilli's Crab Seafood.
- Hidangan yang sangat 'rare' disini adalah Maggi ketam.
- 100% milik bumiputera dengan tema 'Chinese Cuisine.'
- Status, Halal.
- 26-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


5. Maggie Ketam Power.
- Menghidangkan menu berasaskan Maggi.
- Antara menunya adalah Maggi Ketam, Maggi Udang Galah, Maggi Urat Keting dan lain lain.
- Status, Halal.
- Lot 234, Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Luar, Batu 13 Puchong, Puchong, Selangor.


6. Tudia Char Koey Teow.
- Lokasi warung yang santai buat peminat Char Koey Teow.
- Menu istimewa adalah Char Koey Teow bersama ketam dan udang.
- Status, Halal.
- Depan Stesen Petron Putra Height, Subang Jaya, Selangor.


7. Restoran Bisik Bisik.
- Beroperasi sejak tahun 2010.
- Menu utama adalah makanan dari negeri Johor seperti Mi Bandung, Mi Rebus dan Laksa Johor.
- Status, Halal.
- Jalan Zirkon B, 7/B Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.


8. Kayu Manis Seafood.
- Menyediakan masakan Cina Muslim dengan makanan laut yang segar dari akuarium air masin.
- Menu istimewa adalah Ketam Cili yang dimakan bersama Roti Mantou.
- Status, Halal.
- 31, Jalan Pelapik B U8/B, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
- No 5, Cottage Walk, Off Persiaran APEC, Cyberjaya, Selangor.


9. Rambo Station.
- Menu istimewa disini adalah Udang Galah Sepit Biru.
- Terdapat juga menu Masak Lemak, hidangan Barat, Satay dan lain lain.
- Status, Halal.
- 1-53A, Jalan 8/35 Seksyen 8, Bangi, Selangor.


10. Pak Ya.
- Restoran dengan tema hidangan Chinese Muslim bersama ketam dan udang.
- Harga yang berpatutan.
- Status, Halal.
- Jalan Sulaiman 3, Taman Dagang Ampang, Ampang, Selangor.

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook

Saturday, 28 November 2015

14 Gambar Ini Akan Membuktikan Anda Mengalami Masalah Trypophobia

Trypophobia

"Trypophobia" merupakan satu simpton dimana perasaan takut atau geli melihat lubang lubang kecil atau sesuatu yang berbiji halus.

Tidak kira samada ia berlubang atau berbiji halus yang banyak atau sedikit.

Bagi golongan ini, mereka akan mengelak untuk melihat situasi sebegitu.

Berikut merupakan beberapa gambar yang akan menunjukkan samada anda mempunyai simpton Trypophobia atau pun tidak.

Sumber: likes.com

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook















Monday, 23 November 2015

Nikmati Hutan Hijau Dan Udara Segar Di "The Lost World of Sabah"

The Lost World of Sabah


Maliau Basin, juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah" merupakan salah satu misteri alam semulajadi yang belum terungkai sejak jutaan tahun dahulu.


Berada diperut Maliau Basin memberikan cabaran kepada pencinta alam semulajadi.



Diwartakan sebagai Hutan Simpan Yang Dilindungi (kelas 1) yang tidak boleh dilakukan sebarang ancaman alam sekitar.





Kawasannya meliputi 588.4 kilometer persegi. Dikelilingi dengan hutan tropika dan mempunyai sebatang sungai yang menarik dimana, airnya kelihatan keruh. Air sungai yang keruh ini disebabkan keadaan batuan fosil yang berusia jutaan tahun.


Selain itu, kedudukan Maliau Basin berada pada ketinggian 1,675 meter dari aras laut. Jika dilihat dari atas, ianya membentuk seperti satu sempadan tebing tinggi membulat dan berdiameter 25 kilometer serta mempunyai cerun. Bentuk sedemikian berlaku sejak 5 juta tahun dahulu akibat dari tektonik dan gunung berapi. Bahagian tengahnya mempunyai lembangan yang terbentuk akibat proses luluhawa.

Keadaan geografinya seperti mempunyai jurang garis pemisah dari dataran tanah disekitarnya. Ia mempunyai tebing setinggi 300 - 1,600 meter tinggi dan mewujudkan isolasi flora & fauna didalamnya seolah terpisah dari dunia luar.


Hanya air sungai Maliau yang 'berhubung' dengan dunia luar melalui aliran air yang mengunjur kesungai Kinabatangan iaitu sungai terpanjang di Sabah.

Dianggarkan terdapat lebih 1600 spesis tumbuhan di Maliau Basin antaranya, 9 spesis tumbuhan Periuk Kera, 440 spesis pokok dan 80 spesis Bunga Orkid. Bagi fauna pula, terdapat 69 spesis mamalia, 290 spesis burung dan lebih dari 35 spesis amfibia telah direkodkan.

Satu spesis bunga Rafflesia Tengku Adlinii yang jarang ditemui juga hidup disini.

Siri penjelajahan ke Maliau Basin memerlukan cabaran fizikal yang kental.




Bagaimana untuk ke Maliau Basin?

-Dari bandar Keningau, ambil perjalanan ke arah Timur sejauh 160 kilometer. Anda akan melalui Sook, Nabawan dan Sapulut. Perjalanan mengambil masa kira kira 5 - 6 jam.

-Dari Tawau, perjalan sejauh 190 kilometer ke arah Barat Tawau.

-Jika bajet mencukupi boleh saja dapatkan sebuah helikopter.

Untuk perjalanan yang mencabar ke Maliau Basin, anda hendaklah menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4wd) kerana kemungkinan keadaan jalan yang tidak berturap.

Persediaan sebelum ke Maliau Basin.

-Persediaan fizikal adalah penting. Pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik sebelum dan semasa perjalanan.

-Dapatkan barangan asasi makanan seperti beras, sayur, ikan, telur, air minuman dan sebagainya sebelum ke Maliau Basin.

-Pastikan minyak kenderaan mencukupi kerana difahamkan tiada stesen minyak diantara Keningau dan Maliau Basin.

-Tiada isyarat telekomunikasi di Maliau Basin. Pastikan perjalanan anda di maklumkan pada pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

-Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Informasi, 27 kilometer dari Maliau Basin. Disini terdapat kemudahan penginapan hostel, kedai cenderamata, pusat informasi, kafe dan sebagainya.

*Kredit; Fb Pantaitimur Sabahan.

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook


Thursday, 19 November 2015

Hiasan Dalaman Rumah Tahun 60'an Ini Begitu Memikat Hati

Rekabentuk rumah ini kelihatan biasa saja. Tiada apa yang menarik, tetapi susun atur dan pemilihan hiasan dalamannya begitu cantik!

Sebenarnya, rumah ini merupakan 'Guesthouse'. Pada sesiapa yang ingin menginap disini bolehlah menghubungi nombor dibawah.

Jom cuci mata dengan hiasan dalamannya!

Stay Song Song
No 15, Gerbang Erskine, Pulau Pinang.
012-5512455

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook













LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook

Friday, 13 November 2015

Bagaimana Menyediakan Homemade Nutella Yang Sedap

Homemade Nutella.

Bahan bahan:
1 Cawan kacang tanah/Hazelnut (dibuang kulit dan goreng tanpa minyak).
1 Cawan gula icing.
1 Cawan serbuk koko.
1 Sudu kecil esen vanilla.
Minyak jagung (mengikut kepekatan yang dimahukan).

Cara caranya;

1. Kisar kacang hingga keluar minyak.
2. Masukkan gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kisar sehingga halus.
3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diinginkan samada pekat atau cair.
4. Kisar sehingga halus dan sebati.
5. Homemade Nutella anda telah pun siap!

LIKE & FOLLOW Soscili di Facebook


Wednesday, 4 November 2015

Rahsia Mengapa Air Milo Dari Lori Ini Lebih Sedap

Sediakan mug.

Bahan bahan:
- 1 sudu susu pekat.
- 3 sudu Milo.
*(nisbah susu 1:3 Milo).

Cara cara;
-Masukkan air panas 1/4 mug atau sama aras dengan Milo.

- Kacau sehingga air panas tadi menjadi suam/suhu bilik.

-Masukkan ais kiub ke dalam mug hingga penuh.

-Biarkan ais kiub tadi mencair, tak perlu kacau.

Apabila ais kiub mencair, nikmatilah rasa Milo seperti dari lori ini.

Selamat mencuba!!!

LIKE & FOLLOW Soscili di FACEBOOK 



Monday, 2 November 2015

Pengorbanan Seorang Anak Berusia 7 Tahun Yang Sanggup Menjaga Ayah Yang Lumpuh.

Ou Tong Ming, 37 tahun dari China telah lumpuh separuh badan akibat terjatuh semasa bekerja.

Isterinya telah melarikan diri bersama anak mereka yang berusia 3 tahun kerana tidak sanggup menjaga Ou Tong Ming yang lumpuh ini.

Yang Lin, merupakan anak sulung mereka yang baru berusia 7 tahun. Oleh kerana tidak mahu berpisah dengan ayahnya, dia sanggup menjaga ayahnya yang lumpuh.

Rutin harian Yang Ling bermula dengan bangun seawal pagi bagi menyiapkan makanan dan mandikan bapanya yang lumpuh sebelum ke sekolah.

Apabila tiba waktu rehat persekolahan, Yang Ling akan pulang ke rumah seketika untuk memberi bapanya ini makan tengahari.

Tamat waktu persekolahan, Yang Ling akan mencari barang barang terbuang untuk dijual. Inilah sahaja sumber kewangan untuk mereka berdua menyara kehidupan.

Bapanya pernah cuba untuk membunuh diri, tetapi kerana kasihkan Yang Ling yang sanggup menjaganya, niat tersebut dibatalkan.

LIKE & FOLLOW Soscili di FACEBOOK